Selasa, 20 September 2011

KURSUS MEMBINA BLOG PSS untuk GPM daerah Kluang 2011



Kursus membina blog untuk Guru Perpustakaan dan Media daerah Kluang anjuran BTPNJ, PPD Kluang, PKG Kluang dan Majlis Guru Media daerah Kluang,
diadakan pada 20 hingga 22 September 2011, bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Seramai 35 orang GPM dan Pegawai Pusat Kegiatan Guru Daerah Kluang akan menyertai kursus ini.

Objektif Kursus

1. Meningkatkan kemahiran ICT Guru Perpustakaan dan Media.
2. Membina laman blog pusat sumber sekolah masing-masing.
3. Melatih jurulatih blog untuk PKG daerah Kluang.
4. Mewujudkan rangkaian Pusat Sumber Sekolah seluruh daerah Kluang yang boleh berkongsi maklumat
dan kepakaran.
5. Memudahkan pemantauan aktiviti PSS sekolah seluruh Johor oleh BTPNJ ataupun JPNJ secara online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...